Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

91  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0066.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. menceritakan, "Waktu melakukan Haji Wida' (haji yang penghabisan dilakukan Nabi), Rasulullah berhenti di Mina untuk menjawab pertanyaan para jemaah haji. Maka datang kepada beliau seseorang menanyakan, "Saya lupa, saya bercukur lebih dahulu sebelum menyembelih." Jawab Nabi, "Sembelihlah! Sekarang tidak berdosa."

92  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0643.
Dari Abdullah bin Buhainah r.a., dia mengatakan bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimaminya dalam salah satu solat. Beliau solat dua rakaat lalu berdiri (untuk rakaat ketiga) tanpa duduk (sesudah rakaat kedua). jemaah pun berdiri pula mengikuti beliau. Ketika solat hampir selesai, kami menunggu-nunggu beliau akan membaca salam, ternyata membaca takbir; lalu beliau sujud dua kali sedang duduk itu, kemudian membaca salam tanda selesai.

93  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0230.
Dari Anas bin Malik, katanya: "Kami solat berjemaah dengan Nabi saw. " Seseorang di antara kami meletakkan hujung kain yang dipakainya di tempat sujud, kerana sangat panasnya tempat sujud."

94  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0323.
'Atha' mengabarkan bahawa ia mendengar Ibnu Abbas r.a. bercerita: "Pada suatu malam Rasulullah saw. terlambat melakukan solat Isyak sehingga jemaah (yang menunggu beliau) tertidur, kemudian mereka bangun, tertidur dan bangun pula kembali. Maka berdirilah Umar bin Khaththab, katanya: "solat!" 'Atha' menambahkan bahawa Ibnu Abbas mengatakan, "Maka datanglah Nabi saw. seperti masih kelihatan olehku sekarang air menitik dari kepala beliau dan beliau meletakkan tangannya di atas kepalanya dan bersabda: "Kalau tidak akan memberatkan bagi umat ku, akan ku perintahkan mereka melakukan solat Isyak waktu begini."

95  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1178.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari Abu Sholih dari Abu Said berkata: Rasulullah saw bersabda: "Tidak halal (boleh) bagi perempuan yang percaya kepada Allah dan hari akhir untuk bepergian yang lebih dari tiga hari, kecuali disertai ayahnya, saudaranya, suaminya, anaknya atau orang yang ada hubungan mahram dengannya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar. Hadis ini hasan sahih. Diriwayatkan dari Nabi saw bahawasanya beliau bersabda: "Janganlah seorang perempuan bepergian dalam masa satu hari satu malam, kecuali bersama mahramnya". Mengamalkan hadis ini menurut sebahagian ulama menganggap makruh bagi seorang perempuan untuk bepergian, kecuali bersama mahramnya. Sebahagian ulama berbeza pendapat di dalam masalah perempuan yang kaya dan ia tidak punya mahram; apakah ia wajib menunaikan haji? Sebagian ulama berkata: "Tidak wajib baginya menunaikan haji, kerana mahram termasuk jalan. Karena firman Allah Azza wajalla: (yaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke baitullah) Mereka berkata: "Kalau ia tak punya mahram, maka bererti ia tak mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah dan inilah pendapat Sofyan As Tsauri dan orang Kufah. Sebahagian ulama berkata: jikalau perjalanannya aman, maka wajib baginya bepergian bersama jemaah untuk berhaji dan inilah pendapat Malik bin Anas dan Syafi'i.

96  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0595.
Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya 'Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita: "Pada suatu malam Rasulullah saw. mengundur solat Isyak sampai jauh malam, sehingga dikatakan orang solat tengah malam. Rasulullah belum juga keluar, sehingga 'Umar bin Khaththab berkata: "Para wanita dan anak-anak sudah tidur." Maka barulah beliau keluar. Setelah keluar, beliau bersabda kepada jemaah dalam masjid, "Tiada seorang pun penduduk bumi yang menunggu-nunggu waktu solat selain anda sekalian." Peristiwa itu terjadi sebelum Islam tersiar luas.

97  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1816.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa melihat Amir (pembesar negeri) melakukan suatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana siapa memisahkan diri dari jemaah walaupun hanya sejengkal, lalu dia mati, maka matinya sama dengan mati jahiliyah."

98  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0608.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda : "Pahala solat berjemaah melebihi pahala solat sendirian dua puluh lima darjat. Malaikat malam dan siang bertemu pada waktu Subuh." Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Kerana itu bacalah Quran pada waktu Subuh, kerana membacanya waktu Subuh disaksikan para malaikat."

99  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0557.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Ketika kami sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba ada seorang lelaki dalam jemaah membaca : 'Allahu Akbar, kabiran wal hamdulillahi katsiran wa subhanalalahi bukratan wa ashila'. Maka bertanya Rasulullah saw., "Siapa yang membaca kalimat itu tadi?" Jawab lelaki itu, " Aku, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah saw., "Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan segala pintu langit." Kata Ibnu 'Umar, "Aku tidak pernah lupa membacanya sejak ku dengar Rasulullah saw. membacanya."

100  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0556.
Dari Anas r.a., katanya: "Seorang lelaki datang dengan tergesa-gesa, lalu masuk ke dalam saf. Sesudah itu dia membaca: "Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi." Ketika Rasulullah saw. selesai solat, dia bertanya, "Siapa yang membaca kalimat itu tadi?" Jemaah diam saja, tidak ada yang menyahut. Rasulullah saw. bertanya kembali, "Siapa yang membaca kalimat itu tadi? Sesungguhnya bacaannya itu tidak salah." Lelaki itu berkata? "Aku datang tergesa-gesa, lalu kubaca kalimat itu." Sabda Rasulullah saw., "Ku lihat dua belas malaikat berebut hendak membawanya ke hadirat Allah Ta'ala."